KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI EPISOD KE-3 HUJAN LEBAT MONSUN TIMUR LAUT 2022/2023 (MTL 2022/2023)



Berdasarkan laporan bencana di seluruh negara yang dikeluarkan National Disaster Command Centre (NDCC) NADMA, bagi episod hujan lebat ke 3 bagi MTL 2022/2023, sehingga jam 8.00 am, 25 Januari 2023, terdapat tiga (3) negeri terkesan banjir di mana lima (5) daerah di negeri Johor, satu (1) daerah di Pahang dan Sabah kini terjejas.

Seramai 3566 orang mangsa daripada 1005 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan berada di 38 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Semua urusan penyelarasan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan lain-lain bantuan untuk KIR yang terkesan banjir akan diuruskan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Episod luruan monsun membawa keadaan cuaca buruk melibatkan antaranya hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora. Sebelum episod luruan ketiga ini, sejak bermulanya MTL 2022/2023 pada awal November 2022, sebanyak dua luruan monsun telah berlaku iaitu pada 7 hingga 12 Disember 2022 dan 17 hingga 26 Disember 2022. Diramalkan MTL 2022/2023 akan berlaku sebanyak 4 hingga 6 episod luruan monsun.

Pada hari ini saya telah berkesempatan melawat 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor iaitu PPS Seberang Batu dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek. Kedua-dua PPS ini telah diaktifkan pada 24 Januari 2023.

Setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 1,392 mangsa daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 5 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Batu Pahat dengan jumlah keseluruhan seramai 3,482 mangsa daripada 984 keluarga yang berada di 35 PPS.

Sementara itu, pada 24 Januari 2023, pukul 7.45 malam, NADMA telah menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung Amaran Bahaya yang telah dikeluarkan berhubung bacaan aras air semasa di Segamat, Johor iaitu di 3 stesen melibatkan Sungai Gemas, Sungai Lenik dan Sungai Segamat.

Sejak bermulanya MTL 2022/2023 pada November 2022 sehingga 25 Januari 2023, seramai 121,594 mangsa daripada 34,357 keluarga telah dipindahkan ke 444 PPS yang melibatkan bencana banjir dan air pasang besar.

Saya ingin memberi peringatan kepada semua rakyat supaya sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan oleh MET Malaysia. Mereka yang terkesan dengan banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan tidak bertangguh untuk berpindah ke PPS sekiranya menerima arahan daripada pihak berwajib bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada masa yang sama, NADMA juga telah diarahkan supaya memastikan ke semua Pusat Kawalan Operasi (PKOB) di peringkat negeri dan daerah yang terlibat untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa beroperasi 24 jam sehari untuk memantau dan membuat penyelarasan bersama semua agensi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan bencana.

-Tamat-


DATUK ARMIZAN MOHD ALI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) 25 Januari 2023

SUMBER : JABATAN PERDANA MENTERI

Barang baik di shopee

50%
OFF

FHD 1080P USB C Triple Portable Monitor

RM 2,147.73
RM 4,508.80

Terlaris

HP 650 LAPTOP WINDOW 11 PROBOOK

RM 400.00
RM 2000.00

New !

2 IN 1 WINDOW 10 TOUCH SCREEN

RM 332.50
RM 350.00

50%
OFF

CHROMEBOOK MURAH

RM 89-290
RM119-300

Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel