Tabung Haji Pembimbing Haji Terbaik Dunia Islam

Best Awareness Program in the Islamic World, inilah pengiktirafan Arab saudi kepada TH (Tabung Haji) Malaysia. Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya merangkul Anugerah Labaittom daripada Kerajaan Arab Saudi bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi. Arab Saudi meletakkan Tabung Haji sebagai Pembimbing Haji Terbaik Dunia Islam.

Semasa persidangan berlansung pada 9 hingga 12 januari 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Haji Mokhtar menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

56 buah Negara termasuk Malaysia yang diwakili Tabung Haji(TH) telah menyertai Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

Jemaah Haji Malaysia sentiasa mendapat pujian pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Arab saudi kerana berkat keupayaan Tabung Haji (TH) dalam memberi bimbingan agar Jemaah Haji mempunyai pengetahuan yang baik didalam melaksanakan ibadat haji.


Kata Dato' Setia Dr. Mohd Na'im :- “Ini adalah hadiah yang amat bermakna buat TH, lebih-lebih lagi tahun ini merupakan ulangtahun TH yang ke-60. Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam yang lain,”.

Tambah Beliau :- “Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran,”.

Di samping TH menyediakan para pembimbing ibadat haji bagi sesi bimbingan di tanah suci semasa jemaah haji melaksanakan ibadat, TH setiap tahun menganjurkan kursus-kursus haji di tanah air secara fizikal dan dalam talian (online). Program khusus Tabung Haji itu untuk membantu para jemaah dengan menyediakan lebih 500 Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS).

Antara anjuran kursus-kursus oleh Tabung Haji ialah:-

  • Kursus asas haji
  • Kursus intensif haji
  • Kursus perdana haji dan
  • Kursus khas haji.
Tahniah Tabung Haji diatas pengiktirafan ini!

Barang baik di shopee

50%
OFF

FHD 1080P USB C Triple Portable Monitor

RM 2,147.73
RM 4,508.80

Terlaris

HP 650 LAPTOP WINDOW 11 PROBOOK

RM 400.00
RM 2000.00

New !

2 IN 1 WINDOW 10 TOUCH SCREEN

RM 332.50
RM 350.00

50%
OFF

CHROMEBOOK MURAH

RM 89-290
RM119-300

Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel